Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan mengulas tentang peribahasa “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Asal-usul bagi peribahasa ini ialah enau adalah sejenis pokok yang biasanya tumbuh dalam belukar dan di kampung-kampung yang semak. Pokok enau tidak subur jika hidup di tengah padang. Oleh sebab pokok ini tumbuh dalam belukar yang penuh dengan semak-samun, biasanya pucuk enau ini akan melepaskan dirinya daripada dahan-dahan dan daun-daun kayu yang mengelilinginya. Jika dipandang dari jauh, akan kelihatan beberapa batang enau ini yang berpucuk dan melepaskan dirinya dari semak-samun yang mengelilinginya. Jadi, maksud di sebalik peribahasa “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ialah tiada permuafakatan dalam masyarakat atau sesuatu perbincangan. Hal ini demikian kerana semua orang hanya mahu menyelamatkan dan mementingkan diri sendiri. Peribahasa ini sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Perkara ini tida