Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya akan mengulas tentang peribahasa “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Asal-usul bagi peribahasa ini ialah enau adalah sejenis pokok yang biasanya tumbuh dalam belukar dan di kampung-kampung yang semak. Pokok enau tidak subur jika hidup di tengah padang. Oleh sebab pokok ini tumbuh dalam belukar yang penuh dengan semak-samun, biasanya pucuk enau ini akan melepaskan dirinya daripada dahan-dahan dan daun-daun kayu yang mengelilinginya. Jika dipandang dari jauh, akan kelihatan beberapa batang enau ini yang berpucuk dan melepaskan dirinya dari semak-samun yang mengelilinginya.
Jadi, maksud di sebalik peribahasa “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ialah tiada permuafakatan dalam masyarakat atau sesuatu perbincangan. Hal ini demikian kerana semua orang hanya mahu menyelamatkan dan mementingkan diri sendiri. Peribahasa ini sesuai menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa ini. Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat kita terutamanya warga kota boleh disifatkan sebagai enau dalam peribahasa tersebut kerana hanya mementingkan diri sendiri dan bersikap individualistik iaitu lebih suka hidup menyendiri dan semangat kejiranan yang dulunya menjadi teras masyarakat semakin pudar dan luntur kini.
Sebagai contoh ayat ialah “Setelah tiga hari bekalan air terputus, penduduk di taman itu bertolak-tolakan apabila melihat lori yang membekalkan air tiba di kawasan perumahan mereka. Sikap mereka itu seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Antara cara peribahasa ini digunakan untuk tema ‘literasi internet’ ialah dengan adanya kemudahan untuk berhubung seperti aplikasi ‘Whatsapp’, ‘Facebook’ dan sebagainya telah menjadi jurang kepada semangat kejiranan yang diamalkan pada masa dahulu. Hal ini demikian kerana dengan adanya kemudahan seperti ini telah menyebabkan masyarakat terperuk di dalam rumah dan melakukan kerja atau hal masing-masing.
Oleh itu, Sikap mementingkan diri sendiri yang digambarkan melalui maksud peribahasa ini merupakan satu sifat yang buruk dan wajar dihindari. Amalan hidup “bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” amat bertentangan dengan rukun hidup berjiran yang menitikberatkan saling mengenal sesama jiran, hubungan silaturahim, dan muhibah. Selain itu, masyarakat yang mengamalkan sikap ini juga sukar untuk bekerjasama antara satu sama lain.
Sekian, terima kasih.

Ulasan
Catat Ulasan