Dia Lelaki !

Yaaa.. cuti pertengahan semester selama seminggu telah habis.. hmmm.. apa ja aku buat.. tidurrrrr ja keja aku. Kelas aku bermula hari isnin waktu petang tapi hari Sabtu aku dah balik sini. Sebabnya duduk rumah asyik tidur ja kan.. haa balik la sini awal sikit.. boleh siapkan kerja-kerja dengan kemudahan internet pon semua ada. 

Petang Sabtu rancangnya mahu naik KTM pukul 5.44.. tapi 6.44 baru dapat naik sebab salah seorang rakan aku lambat. Jadi, sampai pon lambat laa.. Ni haa nak cerita masa dalam train, orang memang ramai laa. aku duduk dekat penjuru belakang sekali la sambil berdiri. 

KTM pon berhenti la dekat station mana ntah, aku lupa daaa... Masuk la seorang lelaki dengan beg-beg pakaian sambil mendukung seorang anak perempuan kecil.. comel sangattt... dengan rambut panjang budak perempuan tuu. Pak cik dan mak cik tu pon panggil la lelaki tu duduk sebelah mereka. Lelaki tu pun letak anak dia atas kerusi tu dan dia berdiri. Aku melirik lelaki tu, emm macam orang bekerja sebab pakaian yang agak smart. anak dia pon pakai pakaian yang cantik. 

Apa yang aku rasa bangga, dia tak kekok langsung bercakap dengan orang tua ( mak cik). Aku terdengar perbualan mereka, dia kata dekat mak cik tu "balik tengok nenek (means mak dia)". Masa dia berbual tu memang nampak ramah dan tak kekok langsung. Sesetengah orang, ramah tapi kekadang kekok untuk berbicara. Dia memang cakap loghat Kedah la dengan mak cik tu. Tapi dengan anak dia, dia cakap loghat Selatan. Cara dia melayan anak dia, perghhh like perfect laaa.. Dalam hati aku, "Untung isteri dia, mesti isteri dia cantik macam anak dia". 

Lelaki macam tu la kan yang wanita sering idam-idamkan. Tapi sebagai manusia kita tak sempurna kan. Mesti ada juga something yang tak kena daripada diri dia, mungkin perangai, mungkin cara dia, atau apa-apa kan. Hanya yang kenal kita sahaja, tahu kita macam mana dan hanya boleh terima atau tidak. 


Sekian, setakat ini sahaja penulisan saya kali ini.

Terima kasih. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Kehidupanku Di USM !!!!!

Major Bahasa Melayu