Siapa Syabirah ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.






Nama saya Syabirah Binti Ramli. Rakan-rakan memanggil saya Birah. Saya telah dilahirkan di Hospital Jitra, Kedah pada 27 Julai 1996 dan kini berusia 21 tahun.

Saya mula mendapat pendidikan awal di Tadika Titi Kerbau. Kemudian, meneruskan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun sehingga tamat STPM. Kemudian, saya telah melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kesusasteraan. Saya telah bermajorkan Bahasa Melayu dan berminorkan Psikologi. 

Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan. Hobi saya pada masa lapang ialah menghabiskan masa dengan mendengar muzik dan berada di "gym". Selain itu, saya turut mencintai laut yang merupakan khazanah Allah yang sangat indah.

Bermula pada hari ini saya akan menulis di blog ini atas arahan Pensyarah saya iaitu Dr. Radiah Yusof demi memenuhi keperluan subjek HMT 213 (Komunikasi Lisan). Saya berharap rakan-rakan dan pensyarah dapat membantu saya dalam subjek HMT 213 dengan saya berjaya memperoleh markah yang baik. Saya juga akan sering bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah berkaitan subjek HMT 213 bagi menambah pengetahuan. Dengan mempelajari subjek ini saya berharap agar dapat berkomunikasi dengan lebih baik pada masa hadapan.

Harap anda semua sudi untuk membaca.

Sekian, terima kasih. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Kehidupanku Di USM !!!!!

5 Gaya Psikolinguistik