Diamnya Diriku Adalah Diam Yang Bermakna, Kecohnya Diriku Adalah Kecoh Tanpa Makna

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Tajuk yang ingin dibicarakan pada hari ini ialah diamnya diriku adalah diam yang bermakna, kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna.

Diamnya diriku adalah diam yang bermakna membawa maksud jangan berfikir bahawa diamnya seseorang itu, dia tidak mengetahui apa-apa. Namun, dia mengetahui segalanya. Selain itu, ia juga boleh membawa makna bahawa diam seseorang itu mempunyai maksud atau makna yang tersendiri iaitu sama ada diam kerana bersetuju atau diam disebabkan oleh tidak bersetuju.

seterusnya, kecohnya diriku adalah kecoh tanpa makna pula membawa maksud bisingnya seseorang itu hanya menunjukkan kebisingannya sahaja dan tidak memberi apa-apa makna pun. Sebagai contoh kecoh yang bermakna ialah seseorang yang kecoh dan bising namun dalam kebisingannya itu, dia memberi sesuatu yang bererti kepada orang lain.

Namun, pada hari ini kita tidak boleh berada di tempat yang sama. Kita perlu ubah diri kita dari seorang pendiam kepada seorang yang mulutnya kecoh bertanya. Melalui pertanyaan itulah yang memberi banyak pengetahuan kepada seseorang. Hal ini demikian kerana, sehingga bila kita ingin menjadi pasif ? Dan jika kita mempunyai pendapat, terus lontarkan pendapat tersebut dan jangan simpan pendapat itu kerana kita seorang yang pendiam. Sayang sekali untuk menyimpan pendapat yang bernas.

Maka, itu sahaja coretan untuk tajuk tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Kehidupanku Di USM !!!!!

Major Bahasa Melayu