HAJAT CINTA (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..
Baru-baru ini pensyarah saya menyatakan bahawa saya mempunyai bakat untuk menulis novel. Keinginan itu ada namun saya melihat para penulis novel menggunakan ayat yang tinggi. Persoalannya, mampukah saya? Jadi timbul keinginan untuk saya mencuba. Tidak salahkan?

"Mak.. tak mau pi, takut". Begitulah seorang yang bernama Syabirah yang pada setiap hari akan merengek kepada ibunya menyatakan yang dia tidak mahu ke universiti. Hal ini demikian kerana, dia berasa takut. "Ros dengan Aini tak apa la dapat desa (hostel) sekali dekat Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan, Birah sorang-sorang dapat dekat Desasiswa Restu". Syabirah telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia dalam kos Kesusasteraan.

Ibu Birah yang dikenali sebagai Mak Pah sudah penat mendengar anaknya yang merengek seperti budak kecil. Namun, dalam kepenatannya, dia tetap memberi sokongan dan nasihat. "Kena pi laa. Pi untuk belajar bukan pi saja-saja. Nanti dekat sana jumpa la kawan-kawan baru. Awal-awal memang la macam ni. Menangis buat apa? Umur sudah 20 tahun. Besar dah".

Hari untuk pergi ke USM tinggal beberapa hari saja lagi. Selama beberapa hari yang tinggal itu, Mak Pah memasak makanan yang sedap-sedap untuk anaknya. Hanya Birah satu-satunya anak perempuan Mak Pah dan merupakan anak bongsu.  Mak Pah mempunyai 3 orang anak lelaki yang bernama Amir, Sham dan Ghaffar.

Mak Pah sudah menjengah ke usia tua iaitu berumur 54 tahun namun masih kuat untuk bekerja sebagai penoreh getah. Mak pah memiliki 5 kebun getah yang kemungkinan akan dibahagi kebun getah tersebut kepada keempat-empat orang anaknya. Manakala, Amir berusia 35 tahun yang  merupakan anak sulung yang sangat tegas, dan keluarga banyak bertanyakan pendapatnya dahulu sebelum melakukan sebarang keputusan.

 

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Kehidupanku Di USM !!!!!

Major Bahasa Melayu