Hajat Cinta (2)
Malam sebelum bertolak ke USM, semua anak-anak Mak Pah dan menantunya berkumpul di kediaman Mak Pah. "Haa.. barang-barang sudah masukkan ke dalam beg ka? Tengok elok-elok, nanti ada yang tertinggal pulak" Kata Amir kepada Syabirah. "Yaa.. dah masukkan semua, rasanya tak ada yang tertinggal". Jawab Syabirah yang dalam keadaan sedih kerana esok pada pukul 10.00 pagi sudah ingin meninggalkan rumah dan bilik tidurnya. Sedihnya seorang Syabirah kerana dia tidak pernah meninggalkan rumahnya lebih daripada seminggu. Seminggu itupun adalah kerana pergi melancong bersama keluarga.
Dia melihat dan mengamati wajah setiap seorang yang tinggal di dalam rumah tersebut. Dia melihat wajah neneknya yang dipanggil Tok Dah. Dia merenung wajah tua itu yang semakin hari semakin dimakan usia. Tok Dah kini yang telah berusia 74 tahun. Suaminya yang dipanggil oleh cucu-cucu sebagai Wan Bahari telah meninggal 12 tahun yang lalu akibat sakit tua.
Seterusnya, Syabirah melihat pula ke arah ibunya yang merupakan seorang ibu yang sentiasa ada untuknya. Hanya ibunya yang memahami kehidupan Syabirah. Ibunya menjadi pengganti untuk memanjakan Syabirah setelah kepergian ayahnya. Ayah Syabirah yang bernama Ramli sangat memanjakan Syabirah suatu ketika dahulu. Hal ini demikian kerana, hanya Syabirah anak perempuan dan bongsu dalam keluarga.
Dalam ketiga-tiga orang abang, Syabirah sangar rapat dengan abang yang ketiga iaitu Ghaffar. Hal ini demikian kerana, mungkin disebabkan usia yang jarak hanya 4 tahun berbanding abang yang lain. Syabirah sering juga meluahkan pada Ghaffar kerana dia tidak mempunyai kakak. Ghaffar pula walaupun seorang yang baran namun kadang kala ada sifat penyayangnya.
Dalam merenung tentang kehidupan, rupanya kelewatan malam telah menjengah. Namun, Syabirah tidak dapat melelapkan mata pada malam tersebut kerana terlalu memikirkan hari esok yang entah apa yang akan berlaku. Hanya dapat berdoa semoga segalanya dipermudahkan dan tidak mengalami sebarang kesulitan pada esok hari. Tanpa sedar, rupanya air mata mengalir di pipi dan terus laju menuruni seperti air terjun yang jatuh dari gunung. Hanya dalam hati Syabirah mampu berkata "Ayah.. Birah dapat masuk Universiti. Moga ini dapat memberi kebahagiaan kepada ayah di sana. Birah akan lakukan apa sahaja untuk membahagiakan Mak." Jam telah menunjukkan pukul 2.00 pagi dan Syabirah terus terlena dalam kehangatan air mata yang tidak dilap terlebih dahulu sebelum memejamkan mata.

Wynn vs. Encore Casino, Las Vegas (MapYRO)
BalasPadamCompare hotel prices and 진주 출장샵 find an amazing price for 천안 출장마사지 the Wynn 통영 출장안마 Las 김해 출장샵 Vegas 거제 출장마사지 Hotel in Las Vegas (MapYRO). View detailed and unbiased hotel rates