Jawi Peranakan di Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaa...
haaa semua sihat? Moga-moga sihat yaa..

Aku dan rakan-rakan sekumpulan telah mendapat tugasan TITAS yang bertajuk Masyarakat Jawi Peranakan. Kebetulan geng aku x cukup sorang.. jadi kami 3 orang saja. Group lain untunglah 4 orang, kerja jadi ringan la kan. macam kami ni beban jugak la nak siapkan tuu.

Aku dan rakan lagi dua orang telah pergi melakukan pemerhatian di Masjid Kapitan Keling, Geogetown, Pulau Pinang. Kami pi naik Grab. Nak naik motosikal, takut sesat. Dah sampai di Masjid tu, aku pon ambil gambar di luar dan di dalam masjid. Apa yang menarik dalam masjid tu, ada kolam wuduk, lampu Chandelier yang tergantung megah, dannnn juga diletakkan air mineral dengan harga RM 1.00. Haaa kalau tengah dengar ceramah ke apa ka kan, jemaah boleh lah beli air tu untuk hilangkan dahaga. Selain itu, disediakan juga kerusi untuk jemaah yang tak dapat solat berdiri. banyak kan kemudahannya. Tak lupa juga, ada tergantung pakaian di pintu masuk. Tapi aku x pasti untuk disedahkan atau dijual.

Setelah tangkap gambar dan rakam video di Masjid Kapitan Keling, kami membuat keputusan untuk ke Jawi House Cafe Gallery yang merupakan tempat makan yang menyediakan masakan jawi peranakan. Apabila sampai di hadapan kedai tersebut. Alamakkk.. tak buka pulak pada setiap hari selasa. Rugi betul x dapat rasa masakan jawi peranakan. Dah la reka bentuk dalaman cafe tuu cantik.. tak dapat tengok pulak.. Jadi, kami mengambil keputusan untuk bergambar saja di depan kedai tersebut untuk menyatakan bahawa kami mempunyai usaha untuk datang juga walaupun sibuk dengan tugasan lain. Kami akan memasukkan gambar-gambar yang diambil di hadapan pintu kedai tersebut untuk dimasukkan ke dalam video tugasan.

bolehlah tengok video yang saya buat di laman web https://www.youtube.com/watch?v=8Q_OWYVw9CE&t=2s

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Kehidupanku Di USM !!!!!

Major Bahasa Melayu