Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

5 Gaya Psikolinguistik

Imej
                                                          Gaya 1: Pemahaman Bahasa Pemahaman ialah mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya. Sebagai contohnya, seseorang penutur menghadapi masalah tergagap-gagap untuk bertutur. Hal ini demikian kerana, penutur tidak mempunyai maklumat yang cukup dan pengetahuan yang luas terhadap sesuatu perkara.  Gaya 2: Pemerolehan Bahasa  Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala bahasa kedua tertumpu kepada bahasa orang dewasa.  Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya.                                               

Refleksi Minggu Kedua Bagi Subjek HMT411 dan HMT415

Imej
Assalamualaikum kepada semua. Bagi subjek HMT 411, saya dan rakan-rakan menerima satu tugasan yang perlu dilakukan iaitu proposal jurnal yang berkaitan dengan dwidialek atau dwibahasa. Saya telah memilih untuk bekerjasama dengan dua orang rakan saya bagi menyelesaikan kajian yang akan dijalankan ini. Kemudian, refleksi bagi subjek HMT 415,  saya dan rakan-rakan telah diberi tugasan untuk mencari dan membina contoh anomali dan penaabiran yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Tugasan yang diberikan agak memcabar kerana kami perlu berfikir bagaimana   cara kanak-kanak bercakap dan berfikir. Selain itu, kami juga diberikan tugasan secara berkumpulan iaitu   kuiz atas talian dengan menggunakan aplikasi " Quizlet". Kumpulan diberikan secara rawak dan kami perlu mencari nama pasangan yang tertera di dalam telefon. Kami perlu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan fonologi, fonetik. sintaksis, morfologi dan sebagainya. Melalui “game” tersebut, saya mendapat dua orang kawan

Refleksi HMT 415 (Psikolinguistik) Pengenalan Kepada Psikolinguistik

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembelajaran minggu pertama pada semester terakhir bagi kelas Psikolinguistik ialah mengenai sinopsis kursus dan mengetahui tajuk kuliah yang akan dipelajari. Seterusnya ialah mengubah lirik lagu Gemuruh Jiwa (Faizal Tahir) kepada lirik yang berkaitan dengan makanan tradisional serta diberi arahan untuk menyanyi dan merakam nyanyian tersebut. Oleh itu, saya sertakan lirik yang telah digubah. Bila tiba hari raya Semua makanan tradisi ada Bila terlihat lemang dan ketupat Dadaku berdetak tak sabar-sabar Ayuh semua, Jom kita nikmati makanan hari raya aidilfitri Lemang berlemak dibakar semalam Pulut dimasukkan ke dalam buluh yang panjang Berlapikkan daun pisang Api membara di malam raya Lemang ini bukan sekadar bermimpi Segalanya pasti kan terbukti nanti Pembelajaran pada kelas kedua di minggu pertama pula ialah mengenai tajuk suatu pengenalan kepada psikolinguistik. Ini merupakan pengenalan untuk mengetahui apakah psikolinguistik. Ku

Refleksi HMT 411 (Teori Dan Kaedah Dalam Penyelidikan Linguistik) -Sejarah Lisan

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kelas HMT 411 pada minggu pertama bagi semester terakhir di USM bagi pelajar linguistik ialah mempelajari mengenai Sejarah Lisan. Sejarah lisan merupakan satu kaedah pengumpulan fakta-fakta sejarah. Sejarah lisan dilakukan adalah untuk mendapatkan data melalui temubual, wawancara, dan sebagainya. Sejarah lisan juga dianggap sebagai sumber primer. Kumpulan kami telah menghasilkan satu ringkasan mengenai sejarah lisan yang mempunyai ciri-ciri, kepentingan, peranan, enam proses yang penting dalam kajian sejarah lisan serta pertalian antara sejarah lisan dan penyelidikan kualitatif linguistik. Penghasilan ringkasan ini adalah melalui pembacaan dan penelitian daripada tiga rujukan dalam bahasa Melayu dan tiga rujukan daripada bahasa Inggeris. https://www.youtube.com/watch? v=gznA5d__QdM&rel=0 Ini merupakan 'link YouTube' mengenai sejarah lisan yang dihasilkan oleh kumpulan kami.