Refleksi Minggu Kedua Bagi Subjek HMT411 dan HMT415

Assalamualaikum kepada semua.

Bagi subjek HMT 411, saya dan rakan-rakan menerima satu tugasan yang perlu dilakukan iaitu proposal jurnal yang berkaitan dengan dwidialek atau dwibahasa. Saya telah memilih untuk bekerjasama dengan dua orang rakan saya bagi menyelesaikan kajian yang akan dijalankan ini.

Kemudian, refleksi bagi subjek HMT 415, saya dan rakan-rakan telah diberi tugasan untuk mencari dan membina contoh anomali dan penaabiran yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Tugasan yang diberikan agak memcabar kerana kami perlu berfikir bagaimana  cara kanak-kanak bercakap dan berfikir.


Selain itu, kami juga diberikan tugasan secara berkumpulan iaitu  kuiz atas talian dengan menggunakan aplikasi " Quizlet". Kumpulan diberikan secara rawak dan kami perlu mencari nama pasangan yang tertera di dalam telefon. Kami perlu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan fonologi, fonetik. sintaksis, morfologi dan sebagainya. Melalui “game” tersebut, saya mendapat dua orang kawan baru daripada berlainan pusat pengajian. Kami perlu berusaha bersama-sama dalam menjawab aplikasi “Quizlet” tersebut. Jika salah seorang menekan jawapan yang salah, maka markah kumpulan bagi “game” tersebut akan menurun.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Kehidupanku Di USM !!!!!

5 Gaya Psikolinguistik