Refleksi HMT 415 (Psikolinguistik) Pengenalan Kepada Psikolinguistik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembelajaran minggu pertama pada semester terakhir bagi kelas Psikolinguistik ialah mengenai sinopsis kursus dan mengetahui tajuk kuliah yang akan dipelajari. Seterusnya ialah mengubah lirik lagu Gemuruh Jiwa (Faizal Tahir) kepada lirik yang berkaitan dengan makanan tradisional serta diberi arahan untuk menyanyi dan merakam nyanyian tersebut. Oleh itu, saya sertakan lirik yang telah digubah.

Bila tiba hari raya
Semua makanan tradisi ada
Bila terlihat lemang dan ketupat
Dadaku berdetak tak sabar-sabar

Ayuh semua,
Jom kita nikmati makanan hari raya aidilfitri
Lemang berlemak dibakar semalam
Pulut dimasukkan ke dalam buluh yang panjang

Berlapikkan daun pisang
Api membara di malam raya

Lemang ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Pembelajaran pada kelas kedua di minggu pertama pula ialah mengenai tajuk suatu pengenalan kepada psikolinguistik. Ini merupakan pengenalan untuk mengetahui apakah psikolinguistik. Kuliah ini membincangkan mengenai ciri-ciri bahasa.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing

Kehidupanku Di USM !!!!!

Major Bahasa Melayu