Hajat Cinta (2)
Malam sebelum bertolak ke USM, semua anak-anak Mak Pah dan menantunya berkumpul di kediaman Mak Pah. "Haa.. barang-barang sudah masukkan ke dalam beg ka? Tengok elok-elok, nanti ada yang tertinggal pulak" Kata Amir kepada Syabirah. "Yaa.. dah masukkan semua, rasanya tak ada yang tertinggal". Jawab Syabirah yang dalam keadaan sedih kerana esok pada pukul 10.00 pagi sudah ingin meninggalkan rumah dan bilik tidurnya. Sedihnya seorang Syabirah kerana dia tidak pernah meninggalkan rumahnya lebih daripada seminggu. Seminggu itupun adalah kerana pergi melancong bersama keluarga. Dia melihat dan mengamati wajah setiap seorang yang tinggal di dalam rumah tersebut. Dia melihat wajah neneknya yang dipanggil Tok Dah. Dia merenung wajah tua itu yang semakin hari semakin dimakan usia. Tok Dah kini yang telah berusia 74 tahun. Suaminya yang dipanggil oleh cucu-cucu sebagai Wan Bahari telah meninggal 12 tahun yang lalu akibat sakit tua. Seterusnya, Syabirah melihat pula ke arah