Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Buat Video

Melalui subjek HMT 213 dalam major BM, maka saya sekarang sudah tahu untuk membuat video. Baru-baru ini pensyarah saya memberi tugasan yang perlu diselesaikan dengan video. Jadi, saya telah menggunakan aplikasi Power Director Cyberlinks. Agak seronok juga sebenarnya apabila menggabung dan meletakkan lagu pada video. Selain itu, melalui aplikasi tersebut boleh juga membuat 'slow motion' yang akan jadi lebih menarik apabila meletakkan lagu pada masa tersebut. Saya telah membuat video 'Show and Tell'. Dalam video tersebut, saya menunjukkan cara memasak pasta Bolognese. Sesiapa yang mahu mencuba resipi saya bolehlah ke links  https://www.youtube.com/watch?v=IYkgeXNM0WM Saudara dan saudari juga boleh melihat saya menemubual kaum India pada perayaan Deepavali baru-baru ini di links https://www.youtube.com/watch?v=6hMRGBekgk0 . Seterusnya, saya juga diberi tugasan berkaitan Dokumentari Keunikan Kampung. Bagi yang ingin melihat suasana kampung saya di Kedah bolehlah ke li

Dia Lelaki !

Yaaa.. cuti pertengahan semester selama seminggu telah habis.. hmmm.. apa ja aku buat.. tidurrrrr ja keja aku. Kelas aku bermula hari isnin waktu petang tapi hari Sabtu aku dah balik sini. Sebabnya duduk rumah asyik tidur ja kan.. haa balik la sini awal sikit.. boleh siapkan kerja-kerja dengan kemudahan internet pon semua ada.  Petang Sabtu rancangnya mahu naik KTM pukul 5.44.. tapi 6.44 baru dapat naik sebab salah seorang rakan aku lambat. Jadi, sampai pon lambat laa.. Ni haa nak cerita masa dalam train, orang memang ramai laa. aku duduk dekat penjuru belakang sekali la sambil berdiri.  KTM pon berhenti la dekat station mana ntah, aku lupa daaa... Masuk la seorang lelaki dengan beg-beg pakaian sambil mendukung seorang anak perempuan kecil.. comel sangattt... dengan rambut panjang budak perempuan tuu. Pak cik dan mak cik tu pon panggil la lelaki tu duduk sebelah mereka. Lelaki tu pun letak anak dia atas kerusi tu dan dia berdiri. Aku melirik lelaki tu, emm macam orang bekerja se

Kehidupanku Umpama Tiada Cuti !!!!!!

Kebanyakan universiti pada masa ini sedang bercuti pertengahan sem. Bagi orang lain mungkin akan kata 'enjoy your holidays'  hahahaha..... 'enjoy la sangat'. Dengan assignment yang banyak aku bawa balik ni menyebabkan aku semakin buntu untuk menyiapkan. ya laa.. sebab sukar untuk melakukan sebarang kerja. Motorsikal dekat USM (cuti seminggu je kan takkan nak bawa balik). Kemudahan internet pon tak da. Kena pergi Cyber Cafe la jawabnya. Tambahan, semua kerja perlu pakai internet. Balik bercuti tapi tak rasa macam bercuti pon. Sepanjang masa fikir kerja.. kerja.. kerja.. Kawan aku yang duduk Selangor pon kata "menyesal pulak dia balik sebab sukar nak melakukan kerja" hahahaha. Baru-baru ni pon tidur aku hanya 2-3 jam sahaja sebab menyiapkan assignment dan dalam masa yang sama perlu baca buku untuk kuiz. Selain itu, aku perlu menguruskan berkaitan Tajaan JPA lagi yang agak rumit untuk diuruskan.

Major Bahasa Melayu

Saya pelajar Universiti Sains Malaysia yang bermajorkan Bahasa Melayu. Semester ini merupakan semester ke-3 saya di USM dalam kos Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan (Kepujian). Bermajorkan Bahasa Melayu bukan sekadar mempelajari tentang ayat, perkataan, bunyi-bunyi bahasa dan sebagainya. Tapi, pelajar juga diajar untuk membina korpus, rakaman suara sendiri, berlakon dan banyak didedahkan menggunakan teknologi seperti edit video dan sebagainya. Selain itu, melalui rakaman suara sendiri, pelajar diajar untuk menyebut dan membaca menggunakan bahasa baku dan dalam masa yang sama mengurangkan bahasa dialek dalam diri masing-masing kerana ia mempengaruhi bahasa. Pelajar diajar untuk menggunakan vokal bahasa (a) atau (e). Sebagai contohnya, perkataan jiwa dalam vokal (a) akan tetap sebagai jiwa manakala bagi vokal (e) akan berubah menjadi jiwe. sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya.

Kehidupanku Di USM !!!!!

Imej
                                                     (Pelajar Major Bahasa Melayu) Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaa....          Bercerita tentang kehidupan di USM..ermmm... dari mana nak mula ya.. ermm sama banyak kot antara suka dan duka selama di USM niii... aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di USM dalam kos Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan (Kepujian). Aku memang kena belajar sungguh-sungguh la walaupun aku dah lama isi SPA tapi aku langsung tak ada harapan mungkin untuk dapat sebab ketinggian aku 146 jerrrrr... nasib tak terbantut.. sikit lagi ja hahahaha..          Masa sem 1 di USM , aku belajar tentang modul lestari yang terdapat subjek seperti Kemahiran Belajar, Kemahiran Komunikasi, Pemikiran Kritis dan banyak lagi laa subjek lain. CGPA aku masa sem 3 kira boleh laa hampir dekan.. sikit sangat ja lagi.. Kemudian, sem 2 aku ambil subjek-subjek pengantar seperti Pengantar Bahasa Melayu, Pengantar Kesusasteraan, Pengantar Sejarah dan Pengantar Pang

Siapa Syabirah ?

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Nama saya Syabirah Binti Ramli. Rakan-rakan memanggil saya Birah. Saya telah dilahirkan di Hospital Jitra, Kedah pada 27 Julai 1996 dan kini berusia 21 tahun. Saya mula mendapat pendidikan awal di Tadika Titi Kerbau. Kemudian, meneruskan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun sehingga tamat STPM. Kemudian, saya telah melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kesusasteraan. Saya telah bermajorkan Bahasa Melayu dan berminorkan Psikologi.  Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan. Hobi saya pada masa lapang ialah menghabiskan masa dengan mendengar muzik dan berada di "gym". Selain itu, saya turut mencintai laut yang merupakan khazanah Allah yang sangat indah. Bermula pada hari ini saya akan menulis di blog ini atas arahan Pensyarah saya iaitu Dr. Radiah Yusof demi memenuhi keperluan su