5 Gaya Psikolinguistik

Gaya 1: Pemahaman Bahasa Pemahaman ialah mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya. Sebagai contohnya, seseorang penutur menghadapi masalah tergagap-gagap untuk bertutur. Hal ini demikian kerana, penutur tidak mempunyai maklumat yang cukup dan pengetahuan yang luas terhadap sesuatu perkara. Gaya 2: Pemerolehan Bahasa Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala bahasa kedua tertumpu kepada bahasa orang dewasa. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal unt...